Tuesday, March 16, 2010

alhamdulillah ya ALLAH...=)

assalamualaikum w.b.t sahabat!!!

alhamdulillah, bila dah balik rumah baru sempat nak update blog idah ni. sangat rindu nak menulis. alhamdulillah, result SPM dah keluar dan alhamdulillah, segala mimpi buruk idah selama ini memangla sekadar mimpi buruk semata-mata. alhamdulillah, sesungguhnya hanya kepadaMU aku mengucapkan syukur ya ALLAH. terima kasih juga buat mama dan ayah sayang. setakat ni, hanya kejayaanla yang mampu membalas segala penat lelahmu membesarkan dan mendidikku. buat guru-guru, idah sayang kamu!! terima kasih cikgu sayang!!

kali ini idah rasa macam nak kongsi satu lirik nasyid dengan sahabat semua. nasyid tersebut bertajuk SEMARAK PERJUANGAN nyanyian SHOUTUL AMAL. setiap kali mendengarkan nasyid ini, idah rasa sangat bersemangat untuk melakukan apa jua pekerjaan, biarpun pada saat itu, hati resah dilanda ribut. jom sahabat-sahabat! hayatilah...

SEMARAK PERJUANGAN-SHOUTUL AMAL

Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana... ALLAHU AKBAR

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
ALLAHU AKBAR...!

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

do enj0y!!

p/s: TEAM 7! idah rindu k0rang...!!

No comments:

Post a Comment