Sunday, April 11, 2010

astaghfirullahalazim.....

assalamualaikum w.b.t

baca!!!

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
2 NOVEMBER 2009

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAH U TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM..
--
"Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)

--
"Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)"

http://worlddinarconference.com/

Rozaidi Bin Toha
Bachelor(Hons) Of Petroleum Engineering
Universiti Teknologi Petronas

http://presentkeypast.blogspot.com

--
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[At-Taubah : 41]




--
Mohamad Shamsuri bin Mahussin, Petroleum Engineering,
Foundation Final Sem,
Universiti Teknologi PETRONAS.
019-4142623






--
Arief Fikhrie Mat Yamin
Information and Communication Technology
Universiti Teknologi Petronas



--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "LAKAD" group.
To post to this group, send email to lakadrm@googlegroups.com.
To unsubscribe from this group, send email to lakadrm+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/lakadrm?hl=en.

Monday, March 22, 2010

just f0r sharing.. baca sahabat-sahabat!! sangat bermakna...

assalamualaikum w.b.t sabahat!

alhamdulillah, walaupun dalam keserabutan, idah dapat juga sesuatu untuk dik0ngsi dengan sahabat semua. idah baru baca tadi. sangat menyentuh hati. 0leh itu, idah nak sahabat-sahabat idah juga membacanya. hayati ye..

Wahai saudara seislam ... di sini kita dah dapat KUNCI bagaimana nak
mematahkan holy water ... semuga kita dpt manarik kembali saudara²
islam kita ke Jalan Yang Lurus saya amat² berharap semua pihak memberi
kerjasama Dengan Nama Allah yang Maha Agung untuk menyebarkan berita
ini semampu yg boleh ... baik kita bersatu semuga perjuangan kita di
Redai Allah..amin
------------ --------- --------- --------- --------- ---------
---------

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!..... .. Bacalah dan Renungkanlah. ....

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis.. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja
di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan
intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang
dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam
Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/
pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu
tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan
Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa
soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah
cikgu..." Ustaz itu bersedia... Lalu saya bersama beberapa rakan ke
rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya...

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-
kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke
rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.. Dan seorang berjubah
hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, "mengapa Johanis...... awak mengigau..... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya........ . .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan
oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya... Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz
sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis
kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan
saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.. Alhamdulillah!
Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri
Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya.. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya
sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan
akhirat...

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,
emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut
Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya
bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama..... . ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.. .

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu...
Islampun baru setahun jagung....... . "

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap
pendakwah... ...Saya tak akan masuk Islam.. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah
Di IPT.. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar
Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan.. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid... Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaALLAH..

Tuesday, March 16, 2010

alhamdulillah ya ALLAH...=)

assalamualaikum w.b.t sahabat!!!

alhamdulillah, bila dah balik rumah baru sempat nak update blog idah ni. sangat rindu nak menulis. alhamdulillah, result SPM dah keluar dan alhamdulillah, segala mimpi buruk idah selama ini memangla sekadar mimpi buruk semata-mata. alhamdulillah, sesungguhnya hanya kepadaMU aku mengucapkan syukur ya ALLAH. terima kasih juga buat mama dan ayah sayang. setakat ni, hanya kejayaanla yang mampu membalas segala penat lelahmu membesarkan dan mendidikku. buat guru-guru, idah sayang kamu!! terima kasih cikgu sayang!!

kali ini idah rasa macam nak kongsi satu lirik nasyid dengan sahabat semua. nasyid tersebut bertajuk SEMARAK PERJUANGAN nyanyian SHOUTUL AMAL. setiap kali mendengarkan nasyid ini, idah rasa sangat bersemangat untuk melakukan apa jua pekerjaan, biarpun pada saat itu, hati resah dilanda ribut. jom sahabat-sahabat! hayatilah...

SEMARAK PERJUANGAN-SHOUTUL AMAL

Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana... ALLAHU AKBAR

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
ALLAHU AKBAR...!

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

do enj0y!!

p/s: TEAM 7! idah rindu k0rang...!!

Monday, February 22, 2010

petiklah bunga itu wahai kumbang sakti!!!

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *



[At-Talaq:2-3]

Buatmu bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
---


jika Allah sudah meredhainya,
petiklah bunga itu wahai kumbang sakti
moga sayap kiri itu akan membantu dirimu di atas jalan ini




Karya Asal : daffodil

Adaptasi artikel : Wanita Suci In Asih Retno

Bacaan lanjut : Tidak Mahu Fikirkan Fasal Cinta Adakah Patut?

p/s: wahai kumbang, tidakkah kamu mahu memiliki bunga ini dan wahai bunga, tidakkah kamu mahu menjadi bunga yang harum dan kembang mewangi ini??

Saturday, February 13, 2010

6 perkara yang ALLAH sembunyikan......

assalamualaikum wbt...

semasa idah sedang melayan friendster tadi... idah terbaca satu buletin nie.. hati idah tergerak untuk k0ngsi dengan sahabat semua... s0.. enj0y your readings...

ALLAH swt selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik,
dan ALLAH menciptkan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124 000 sayap),

setelah itu, Jibril memandang dirinya sendiri dan berkat:
"wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripadaku?"

lalu ALLAH swt berfirman yang bermaksud: "tidak"

kemudian Jibril as berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH, dan tiap-tiap rakaat solat itu lamanya 20 000 tahun.

setelah selesai Jibril as bersolat,maka ALLAH swt berfirman yang bermaksud:"wahai Jibril, engkau telah menyembah aku dengan ibadat yang bersunggguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti, akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad, dia mempunyai umat yang lemah,dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam, dan dosa mereka pun besar juga, maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan di atas perintahKU."

kemudian Jibril as berkata:"ya TUHANku, apakah yang ENGKAU hadiahkan kepada mereka adalah sebagai imbalan ibadat mereka?"

lalu ALLAH berfirman yang bermaksud:"ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

kemudian Jibril as meminta izin kepada ALLAH untuk melihat syurga Ma'waa. setelah Jibril mendapat izin dari ALLAH, maka pergilah Jibril dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat Jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH swt dan dia berkata di dalam sujudnya:"ya TUHANku, apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

kemudian ALLAH swt berfirman yang bermaksud:"wahai Jibril, jika kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh daripada beberapa perpuluhan yang telah KUberikan kepada umat Muhammad etrhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

sesungguhnya ALLAH swt telah menyembunyikan 6 perkara, iaitu:
1. ALLAH swt telah menyembunyikan redhaNYA dalam taat
2. ALLAH swt telah menyembunyikan murkaNYA dalam maksiat
3. ALLAH swt telah menyembunyikan nama yang Maha Agung di dalam alQuran
4. ALLAH swt telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
5. ALLAH swt telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(solat lima waktu)
6. ALLAH swt telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari Kiamat dalam semua hari

0leh itu sahabat, fikirkanlah... berusahalah untuk mengerjakan segala amal yang diperintahkan ALLAH terhadap hambaNYA....

Monday, February 8, 2010

ada apa dengan sosial??

assalamualaikumwarahmatullahiwabakatuh....
dah lama tak update bl0g. sejak d0k kat sini, nila first time idah ada kesempatan nak update bl0g idah... wah.. rindu gak, tapi nak wat macam mana, kesibukan sentiasa melanda...
back t0 the title... ada apa dengan s0sial?? hurm... maybe bef0re idah datang sini, masalah s0sial tidakla 0bvi0us sangat, tambah-tambah lagi, dulu idah cuma kenal naim je... tapi sekarang?? huh.. quite culture sh0ck.. walaupun still d0k kat negara sendiri...
abang-abang dan akak-akak facee selalu pesan, kita kat sini, kita sendiri yang pilih jalan, jalan kebaikan atau jalan keburukan.. semua tu atas kehendak kita.. idah musykil... kenapa masih ada 0rang islam yang tidak mampu menghayati islam dari sudut pandangan yang sebenar..?
0key.. idah nak tanya, apa yang k0rang akan jawab bila ada se0rang yang bukan islam bertanya pada k0rang, "is it true that we can't c0uple in islam??" apa k0rang akan jawab?? bagi yang sedang c0uple, mungkinkah k0rang akan jawab yang sebenarnya?? terus terang idah katakan, idah agak malu apabila 0rang yang bukan seagama dengan kita bertanya tentang hal-hal sebegini. cuba fikir, apakah tanggapan mereka apabila jawapan yang diberikan lain daripada apa yang tergambar di depan mata mereka??
0leh itu, sebagai se0rang muslim yang sememangnya telah dijadikan sebagai khalifah dimuka bumi ini, seharusnya kita menunjukkan c0nt0h yang baik dan seiring dengan ajaran agama kita, cukuplah dengan semua ini. idah lagi tidak sanggup melihat se0rang lelaki yang perwatakannya memang nampak baik dan se0rang perempuan yang bertudung malah lebih labuh dari idah sendiri berjalan berdua-duaan pada waktu malam, mungkin apa yang mereka bicarakan tidak melibatkan hal hati ke hati, tetapi bukankah jika se0rang lelaki dan se0rang perempuan berdua-duaan akan menimbulkan fitnah??
terus terang, dugaan idah duduk kat sini memang berat, ditambah pula dengan kuantiti lelaki yang lebih ramai daripada perempuan sedangkan idah dahulu berasal dari sek0lah yang pelajarnya adalah muslimah..
insyaALLAH.. selagi iman masih dihati, akan idah jaga diri idah dan sahabat-sahabat idah dengan sebaik yang mungkin.. amin...

Thursday, December 24, 2009

di mana cantiknya se0rang wanita??

assalamualaikum!!

0key, f0r my first p0st, i just take it fr0m iluvislam. i really like this article because i am 0ne 0f the wanitas. hee... this article is n0t 0riginally mine. s0, take care!!

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat